"Lastik merupakan sejenis senjata lontaran kecil yang menggunakan tangan. Bentuk paling klasik terdiri daripada kerangka berbentuk Y dengan dua jalur getah disambungkan pada dua bahagian atas kerangka tersebut. Hujung satu lagi bagi kedua-dua jalur getah disambungkan pada kantung yang memegang bahan lontaran. Kantung ini digenggam oleh tangan yang lebih dominan dan ditarik ke belakang untuk menghasilkan cukup kuasa untuk lontaran (sehingga sedepa jika dipasang dengan jalur yang cukup panjang)..."
Lastik ni antara salah satu permainan kegemaran RR masa kecil-kecil dulu.Maklumlah zaman akhir 90-an belum wujud lagi PS2 ,PS3 .Kalau ada pon cuma "game" susun batu bata yang berharga RM10 dan boleh dibeli di pasar malam/pekan sehari.Setiap hujung minggu seperti hari Sabtu dan Ahad , RR akan manfaatkan percutian dengan penuh aktiviti .Antaranya adalah melastik ke langit .hahahaha. RR masih ingat ketika menetap di Pahang dahulu,setiap pagi ketika bangun dari tidur selepas sahaja bersarapan nasi Lemak Mak Cik yang lazat(favourite RR ,kini 'Mak Cik' itu telah meninggal) ,RR akan ambil lastik dan mula memburu haiwan terutamanya burung .
Sekarang ini bila difikirkan kembali rasa kesian terhadap haiwan-haiwan tersebut.Walaupon pada dasarnya banyak kali RR lastik dan 'miss' dari terkena so kuranglah rasa bersalah tersebut.Paling bestnya subjek untuk RR lastik selalu mudah didapati kerana RR mempunyai jiran yang membela burung merpati di sekitar kawasan rumahnya.Nama jiran RR adalah Pakcik Mazlan dan Makcik Noor ,kedua-duanya orang Pahang iaitu disekitar Karak.Lagipon bukan setiap minggu RR pergi melastik burung ,kerana ada ketikanya RR membesar mengikut musim seperti bermain layang-layang ,menangkap ikan dan lain- lain.
RR masih ingat pernah suatu ketika ,burung2 merpati tu hinggap di atas kabel talian elektrik.RR mula membidik dan mula melastik...zummmmmm ,piaappppp tepat mengenai dada burung sasaran .RR apalagi terus bersorak gembira namun baru disedari ,burung merpati tersebut seolah -olah kebal.hahahaha.Rupa-rupanya tenaga budak RR pada masa itu tidak cukup kuat untuk menarik getah lastik hinggakan apabila batu mengenai dada burung tersebut seolah -olah tiada apa-apa yang berlaku.
Ni adalah contoh lastik arwah atuk RR .
Itulah yang RR perasan bahawa banyak perbezaan antara kanak-kanak 80/90 an dan kanak-kanak milenium kini.Berbanding dulu ,kami lebih banyak melakukan aktiviti luar rumah seperti lastik ,menangkap ikan di paya,bermain galah panjang ,bermain guli,menarik upih pinang ,bermain layang-layang dan permainan favourite adalah 'pondok-pondok'.Aktiviti melastik sebenarnya mengasah kemahiran dan bakat-bakat mereka yang bercita-cita mahu menjadi askar dan polis kerana telah melastik membidik sejak kecil..cewaahhh..RR lihat kanak-kanak dimasa kini khususnya di kawasan bandar lebih kearah 'GAMING ' mungkin kerana pengaruh internet dan gajet yang serba murah berbanding dahulu.
Aktiviti melastik ini bagi RR cukup nostalgia dan memberi banyak kenangan manis kerana menjadi sebahagian memori dan proses pembelajaran hidup ketika kanak-kanak.Antara burung -burung lain yang turut menjadi sasaran adalah burung murai, burung serindit dan lain-lain.Tapi seperti yang RR bagitahu tidak ada seekor pon burung yang mati dilastik oleh RR.Jadinya kurang sikit RR rasa berdosa.Muehehehe.
Melastik ni boleh mengajar fokus dan kesabaran yang cukup tinggi dalam diri seseorang.Kalau tiba musim buah-buahan ,lastik turut boleh menjadi sasaran pertahanan yang baik daripada sebarang musuh tanaman seperti tupai dan burung -burung.Ada 1 pokok durian belakang rumah RR yang selalu menjadi tempat RR berlatih melastik tupai khususnya pada musim buah durian tiba.Pokok durian tu dikira antara yang paling champion kerana menghasilkan buah yang cukup banyak (kira-kira 24 tahun yang lalu) .Setiap malam kami anak beranak akan menanti dengan penuh sabar bunyi durian gugur duppppppppp ... ke tanah .Sampaikan pakcik RR akan terus berlari ke belakang rumah untuk mengutip buah durian.
Ini pula adalah gambar-gambar lastik yang RR temui semalam sewaktu mengemas bilik.Meskipun lastik pemberian arwah atuk RR sudah rosak dan tidak sesempurna dulu namun lastik ini masih disimpan kerana ia adalah sebahagian dari memori bersama arwah atuk RR yang kini disemadikan di pusara kampung halaman di Kelantan ( tidak jauh dari kubur ayahandanya) .Usia lastik ini kini lebih tua dari usia adik sepupu RR yang sudahpun berusia 14 tahun.Ohh,, sungguh nostalgia bagiku.....Mungkin kalau diberi peluang untuk RR melastik sekarang sudah pastinya RR tidak semahir dahulu lagi.
Sesungguhnya tersimpan kemas memori ketika kanak-kanak kerana pada zaman itu adalah zaman yang paling seronok bagi diri RR .Zaman lain pun seronok juga ,cuma ia lebih kearah zaman ini kerana segalanya tidak perlu difikirkan selain bermain, bermain dan bermain.
xoxo... peace yo'all

No comments:
Post a Comment